viii Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan Pindaan 2: PELAKSANAAN Syarat dan Kaedah Mengumpul Cuti Rehat Bagi GCR 9. Pada tahun akhir perkhidmatan, pegawai dibenarkan mengumpul semua baki cuti rehat yang berkelayakan sehingga maksimum sama banyak dengan kadar cuti rehat tahunannya sebelum bersara. Dipinda kepada 9. Apa-apa jumlah cuti rehat dan cuti rehat khas yang telah dikumpulkan setakat 31 Disember 2021 yang melebihi seratus lima puluh (150) hari boleh digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan seperti yang ditetapkan dalam Ceraian PP.1.3.3. 10. Pada tahun akhir perkhidmatan, pegawai dibenarkan mengumpul semua baki cuti rehat yang berkelayakan sehingga maksimum sama banyak dengan kadar cuti rehat tahunannya. Pindaan 3: Pembayaran & Pengiraan GCR 10. GCR adalah dikira berdasarkan formula berikut: 1/30 x gaji akhir x jumlah hari cuti rehat yang dikumpul, tertakluk kepada had maksimum peraturan yang berkuatkuasa.. 11. Bagi maksud formula di atas, tafsiran “gaji akhir” adalah seperti berikut: Dipinda kepada 9. GCR adalah dikira berdasarkan formula yang berikut: 1/30 x gaji yang akhir diterima x jumlah bilangan cuti rehat yang terkumpul, tertakluk kepada maksimum peraturan yang berkuatkuasa.. 10. Bagi maksud formula di atas, tafsiran “gaji yang akhir diterima” adalah seperti yang berikut:
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy