1-22 Bil. Borang dan Dokumen i. j. Salinan Sijil Kelahiran anak di bawah umur 21 tahun (tiada had umur bagi anak cacat). Salinan dokumen bank yang menunjukkan nama, nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank. 12.2 Persaraan Atas Sebab Kesihatan [Perenggan 10(5)(a), Akta 227 / 239] Anggota berpencen yang didapati tidak berupaya nıenjalankan kewajipan jawatannya kerana kelemahan akal atau tubuh yang kekal hendaklah dihadapkan ke Lembaga Perubatan mengikut lunas-lunas Ceraian PP.1.2.4. Sekiranya diperakukan oleh Lembaga tersebut, anggota berkenaan boleh dibersarakan. Faedah persaraan yang layak diberi ialah seperti di Jadual 10 dengan mengemukakan borang dan dokumen seperti di Jadual 11. Jadual 10 Faedah Persaraan Atas Sebab Kesihatan Faedah Persaraan Formula Pengiraan a. Pencen Perkhidmatan 1/600 x Jumlah genap x Gaji bulan akhir perkhidmatan yang boleh dimasuk kira Tertakluk kepada maksimum sebanyak 3/5 daripada gaji akhir tetapi: i. Tidak boleh kurang daripada satu per lima daripada gaji akhir; dan ii. Tidak kurang daripada RM1,000 sebulan bagi tempoh perkhidmatan yang dimasuk kira 300 bulan atau lebih.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy