Pencen

 1-17 BAHAGIAN IV URUSAN PRA-PERSARAAN 10. Pemberian Taraf Berpencen (PTB) 10.1 PTB pegawai perkhidmatan awam: Kategori anggota Pihak yang menguruskan PTB Perkhidmatan Awam Persekutuan - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan; - Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan; atau - Suruhanjaya Pasukan Polis (mana yang berkenaan) Perkhidmatan Awam Negeri Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri masing-masing kecuali yang diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan bagi Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis. Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan JPA (di bawah peruntukan Seksyen 6 Akta 239) 10.2 Perakuan PTB bagi pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam jawatannya dan tidak memilih Skim KWSP hendaklah dihantar ke JPA sebulan sebelum genapnya tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira. Borang dan dokumen yang diperlukan adalah seperti di Jadual 6.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy