Pencen

 5 CERAIAN PP.1.1.1 UMUR PERSARAAN WAJIB TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk melanjutkan umur persaraan wajib anggota sektor awam kepada 60 tahun berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012. LATAR BELAKANG 2. Akta Pencen 1980 [Akta 227] dan Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980 [Akta 239] dipinda sebanyak tiga kali dalam tempoh 11 tahun untuk melanjutkan umur persaraan wajib anggota sektor awam daripada 55 tahun kepada 56 tahun, kepada 58 tahun dan terkini kepada 60 tahun yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012. Dengan pindaan tersebut, anggota tetap yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2012 hendaklah bersara apabila mencapai umur 60 tahun. Anggota yang belum mencapai umur 55/56/58 tahun dan masih berkhidmat sebelum tarikh kuat kuasa pula adalah diberi opsyen untuk bersara wajib apabila mencapai umur 55/56/58 tahun atau melanjutkan perkhidmatannya sehingga mencapai umur 60 tahun. 3. Sepanjang tempoh perkhidmatan selepas mencapai umur 55 tahun, seseorang anggota yang membuat opsyen untuk berkhidmat sehingga mencapai umur 56 tahun, 58 tahun atau 60 tahun adalah terus tertakluk kepada Undang-Undang Pencen serta Perintah Am, Peraturan Perkhidmatan, Skim Perkhidmatan, Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan arahan-arahan lain yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. 4. Bagi anggota yang memilih Skim Pencen, tempoh perkhidmatannya sehingga mencapai umur persaraan wajib adalah dimasuk kira bagi perkiraan faedah-faedah persaraan, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta 227 atau Akta 239, mana yang berkenaan. 5. Anggota yang telah membuat opsyen umur bersara wajib pada tahun 2012 masih boleh dikehendaki bersara awal atas kehendak Kerajaan pada bila-bila masa di bawah peruntukan-peruntukan Akta 227 atau Akta 239. Anggota itu juga boleh memohon bersara secara pilihan sebelum mencapai umur bersara wajib di bawah undang-undang pencen yang sama.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy