Pencen

 1 KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Public Service Department, Malaysia Aras 13, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan _ PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA _ PERSARAAN DAN FAEDAH PERSARAAN VERSI 1.0 (2022) TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini bertujuan untuk memaklumkan tentang dasar persaraan dan faedah-faedah persaraan Perkhidmatan Awam yang meliputi tiga (3) perkara utama iaitu: i. Kelayakan Faedah Persaraan; ii. Persaraan dan Pencen; dan iii. Gantian Cuti Rehat (GCR). LATAR BELAKANG 2. Skim Pencen Perkhidmatan Awam merupakan pencen perkhidmatan sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan Kerajaan terhadap perkhidmatan pegawai sepanjang tempoh beliau berkhidmat dengan penuh dedikasi, taat setia dan amanah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy