Persaraan dan Faedah Persaraan
188 12. Ketua Jabatan hendaklah— (i) menggunakan aplikasi Sistem Pengiraan GCR yang boleh dimuat turun daripada portal https://pencen.jpa.gov.my/ untuk tujuan pengiraan GCR yang tepat bagi pemberian awal award wang tunai GCR; (ii) memastikan pengumpulan GCR yang dibuat sepanjang tahun perkhidmatan pegawai adalah betul dan teratur sebagaimana kehendak peraturan yang berkuat kuasa; (iii) memastikan bukti pengumpulan GCR dicatatkan dan disahkan oleh pegawai sumber manusia bagi kenyataan cuti dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (“BPK”) pegawai; (iv) memastikan GCR yang dikumpul oleh pegawai hendaklah sekurang- kurangnya sembilan puluh (90) hari; (v) mengemukakan permohonan pemberian awal award wang tunai GCR bersekali dengan salinan BPK, salinan Kenyataan Cuti pegawai dan Borang JPA.BP.UMUM.B02.Pin seperti di Lampiran PP.1.3.1(C) yang telah disahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (“JPA”); (vi) merekodkan kelulusan permohonan pemberian awal award wang tunai GCR dalam BPK pegawai setelah mendapat kelulusan daripada JPA seperti yang berikut: “ Pegawai telah diluluskan permohonan pemberian awal award wang tunai GCR pada …………………………… (nyatakan tarikh kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)) berjumlah RM ………………. ”; dan (vii) membuat pembayaran melalui akaun bank bayaran gaji pegawai setelah mendapat kelulusan daripada JPA.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy