Persaraan dan Faedah Persaraan

 186 Dasar Baharu 5. Kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pemberian awal award wang tunai GCR mulai 1 Januari 2022 mengambil kira keperluan kewangan pegawai. Perkara ini telah diperuntukkan dalam peraturan 21B Peraturan-Peraturan Pencen 1980. PELAKSANAAN Tafsiran 6. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain — “pegawai” ertinya seseorang pegawai perkhidmatan awam Persekutuan — (i) yang telah diberikan taraf sebagai seorang pegawai berpencen menurut seksyen 7 atau yang disifatkan sebagai pegawai berpencen menurut seksyen 8 Akta Pencen 1980 [ Akta 227 ]; dan (ii) yang telah memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menurut seksyen 6A Akta 227; “Ketua Jabatan” ertinya Ketua Setiausaha kepada Kementerian/ Ketua Pengarah kepada Jabatan/ Setiausaha Kerajaan Negeri termasuk Ketua Pejabat setempat, yayasan atau cawangan kecil yang telah diberi kuasa oleh Ketua Setiausaha kepada Kementerian/ Ketua Pengarah kepada Jabatan/ Ketua sesuatu Perkhidmatan, mengikut mana yang berkenaan; “tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira ” ertinya perkhidmatan yang boleh dimasuk kira tertakluk kepada peraturan 5, 6 dan 7 Peraturan-Peraturan Pencen 1980; “gaji semasa yang diterima” ertinya gaji hakiki bulanan semasa yang diterima termasuk apa-apa elaun, imbuhan tetap atau unsur lain yang ditentukan oleh Kerajaan mulai 1 Ogos 1993 yang boleh diambil kira bagi maksud pembayaran award wang tunai, tetapi tidak termasuk elaun berpencen; dan “cuti rehat” ertinya cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy