67 CERAIAN PP.1.3.2 PEMBERIAN WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR) KEPADA PEGAWAI YANG MEMILIH SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan melaksanakan pemanjangan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) kepada pegawai yang memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai skim faedah persaraannya. LATAR BELAKANG 2. Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan demi kepentingan perkhidmatan dibenarkan dikumpul untuk digantikan dengan pemberian GCR. Prosedur pengumpulan Cuti Rehat bagi tujuan pemberian GCR kepada pegawai yang bersara atau kepada orang tanggungan pegawai yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan ialah seperti ditetapkan dalam Ceraian PP.1.2.1: Panduan Urusan Persaraan Pencen dibaca bersama-sama Ceraian PP.1.3.1: Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR). Walau bagaimanapun, pemakaian kedua-dua Ceraian tersebut adalah terhad kepada pegawai yang tertakluk kepada Skim Pencen yang diperuntukkan di bawah Akta Pencen 1980 [Akta 227], iaitu pegawai yang layak dibayar faedah persaraan di bawah Akta tersebut atau orang tanggungan yang layak dibayar faedah terbitan di bawah Akta yang sama. Oleh yang demikian, pegawai yang memilih Skim KWSP tidak layak diberi GCR di bawah kedua-dua Ceraian tersebut. 3. Kerajaan telah bersetuju memanjangkan pemberian GCR kepada pegawai yang memilih Skim KWSP sebagai skim faedah persaraannya melalui opsyen mereka di bawah Seksyen 6A, Akta 227. PELAKSANAAN Syarat, Kaedah Dan Prosedur Pengumpulan Cuti Rehat Untuk Pemberian GCR Kepada Pegawai Yang Memilih Skim KWSP 4. Pengumpulan cuti rehat bagi tujuan pemberian GCR kepada pegawai yang memilih skim KWSP bermula pada 1 November 2004 dan syarat, kaedah serta prosedur pengumpulan Cuti Rehat adalah sama seperti yang telah ditetapkan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy