Persaraan dan Faedah Persaraan
159 Pembayaran dan Pengiraan GCR 11. GCR adalah dikira berdasarkan formula yang berikut: 1/30 x gaji yang akhir diterima x jumlah bilangan cuti rehat yang terkumpul, tertakluk kepada maksimum peraturan yang berkuatkuasa.. 12. Bagi maksud formula di atas, tafsiran “gaji yang akhir diterima” adalah seperti yang berikut: (i) bagi pegawai yang tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia atau Sistem Saraan Baru, “gaji akhir” ialah gaji hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut kumpulan perkhidmatan, kategori, gred dan gaji hakiki pegawai; (ii) bagi pegawai yang tertakluk kepada Skim Gaji Jawatankuasa Kabinet, “gaji yang akhir diterima” ialah gaji hakiki serta Elaun Tetap Khidmat Awam, bayaran Bantuan Sewa Rumah dan Imbuhan Keraian, mana yang berkenaan, mengikut tangga gaji hakiki pegawai mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 da n Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2015; dan (iii) gaji yang akhir diterima oleh pegawai seperti di perenggan 11(a) dan 11(b) tidak termasuk apa-apa elaun berpencen yang dibayar kepada pegawai. 13. Cuti rehat yang dikumpul bagi GCR oleh seseorang pegawai semasa berkhidmat di dalam perkhidmatan awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan boleh dicantumkan dengan cuti rehat yang dikumpulkan semasa di dalam perkhidmatan Persekutuan, tertakluk kepada syarat-syarat pertukaran pelantikan yang berkuat kuasa. Urusan Pengumpulan dan Permohonan GCR 14. Pengumpulan cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan demi kepentingan perkhidmatan hendaklah mendapat kebenaran Ketua Jabatan setiap tahun, dengan menggunakan borang seperti di Lampiran PP.1.3.1(B) . Kebenaran ini hendaklah dicatatkan dalam Kenyataan Cuti pegawai dan borang tersebut hendaklah disimpan di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaannya untuk rujukan sekiranya timbul sebarang persoalan mengenai GCR kelak.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy