Persaraan dan Faedah Persaraan
158 4.3 kaedah bagi pengumpulan cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan demi kepentingan perkhidmatan. 5. Kaedah mengumpul cuti rehat bagi GCR berasaskan kaedah cuti luput dan kaedah cuti pilihan (1 tahun dan 2 tahun). Penjelasan terperinci kaedah pengumpulan GCR adalah seperti di Lampiran PP.1.3.1(A). 6. Walau apa pun kaedah pengumpulan cuti rehat yang terpakai kepada seseorang pegawai, jumlah hari cuti rehat yang boleh dikumpul bagi GCR ialah maksimum 15 hari atau setengah daripada kadar cuti rehat yang pegawai itu layak bagi tahun tersebut, mengikut mana yang kurang. 7. Pengumpulan cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan mestilah mendapat pengesahan, dengan menggunakan borang seperti di Lampiran PP.1.3.1(B) daripada Ketua Jabatan masing-masing dengan menyatakan bahawa segala usaha telah dibuat untuk mengambil ke semua cuti rehat dalam tahun semasa tetapi oleh sebab kepentingan perkhidmatan, cuti rehat itu tidak dapat dihabiskan pada penghujung tahun berkenaan. Kelulusan ini hendaklah dicatatkan dalam Kenyataan Cuti dan dilampirkan bersama-sama dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai berkenaan. 8. Had pengumpulan GCR adalah seperti yang berikut: (i) sehingga 31 Disember 2002 diambil kira setakat 90 hari sahaja; (ii) sehingga 31 Disember 2008 diambilkira setakat 120 hari sahaja; (iii) sehingga 31 Disember 2021 diambilkira setakat 150 hari sahaja; dan (iv) sehingga 31 Disember 2022 diambil setakat 160 hari sahaja; dan (v) mulai 1 Januari 2023, pegawai boleh mengumpul cuti rehat sehingga maksimum 180 hari. 9. Apa-apa jumlah cuti rehat dan cuti rehat khas yang telah dikumpulkan setakat 31 Disember 2022 yang melebihi seratus enam puluh (160) hari boleh digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan seperti yang ditetapkan dalam Ceraian PP.1.3.3 . 10. Pada tahun akhir perkhidmatan, pegawai dibenarkan mengumpul semua baki cuti rehat yang berkelayakan sehingga maksimum sama banyak dengan kadar cuti rehat tahunannya.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy