PP.1.2.11 60 persaraan. Pegawai/pekerja hendaklah mengemukakan surat permohonan berserta justifikasi pindaan tarikh atau pembatalan persaraan pilihan yang disokong oleh Ketua Jabatan kepada JPA untuk pertimbangan lanjut. JPA berhak untuk menolak permohonan pindaan tarikh atau pembatalan persaraan pilihan sekiranya permohonan tersebut lewat dikemukakan. 25. Bagi pembatalan permohonan persaraan pilihan oleh pegawai /pekerja yang ingin menjadi calon pilihan raya, surat permohonan berserta justifikasi hendaklah dikemukakan kepada JPA selewat-lewatnya sehari sebelum Hari Penamaan Calon. Penarikan Balik Kelulusan Persaraan Pilihan 26. Persaraan pilihan ini bukanlah merupakan suatu hak tetapi hanya merupakan suatu kemudahan yang diberikan kepada pegawai/pekerja berpencen. 27. JPA boleh, sebelum tarikh persaraan pilihan itu berkuat kuasa, menarik balik kelulusan persaraan pilihan yang telah diberikan jika pegawai/pekerja itu didapati mempunyai prosiding jenayah/siasatan SPRM/tindakan tatatertib yang belum selesai. 28. JPA boleh, atas kepentingan perkhidmatan atau tanpa memberikan apa-apa sebab, menarik balik kelulusan persaraan pilihan sebelum tarikh persaraan pilihan pegawai/pekerja itu berkuat kuasa. 29. JPA boleh menarik balik persaraan pilihan selepas tarikh persaraan pilihan pegawai/pekerja itu berkuat kuasa jika terdapat kesilapan fakta yang dimaklumkan kepada JPA setelah pegawai/pekerja bersara. Sebelum penarikan balik persaraan pilihan dibuat oleh JPA, penyiasatan perlu dibuat bagi mengesahkan kebenaran kesilapan fakta tersebut dan jika perlu pegawai/pekerja tersebut boleh dikehendaki memberikan penjelasan terhadap kesilapan fakta itu. 30. Bagi tujuan perenggan 28, “kesilapan fakta” ertinya kesilapan maklumat mengenai perkhidmatan seseorang pegawai/pekerja yang pada hakikatnya pegawai tidak atau masih belum memenuhi syarat yang sedang berkuat kuasa untuk dia layak dipertimbangkan bagi
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy