Pencen

 PP.1.2.11 59 (ii) seseorang pegawai perkhidmatan bomba yang berpangkat pegawai rendah dan ke bawah; atau (b) lima puluh (50) tahun bagi seseorang pekerja lelaki selain pekerja yang disebut dalam subperenggan 22(a)(ii). 21. Subseksyen 12(3) Akta 239 pula memperuntukkan bahawa seseorang pekerja yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991, pencen hanya boleh diberikan apabila pekerja yang bersara itu mencapai umur lima puluh lima (55) tahun. 22. Menurut subseksyen 12(4) Akta 227 dan Akta 239, jika seseorang pegawai/pekerja yang telah bersara pilihan dan mati sebelum mencapai umur empat puluh lima (45) tahun, lima puluh (50) tahun atau lima puluh lima (55) tahun mengikut mana-mana yang berkenaan, Yang di-Pertuan Agong/Menteri boleh, dengan serta-merta, memberi kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang berkenaan— (a) pencen terbitan tidak kurang daripada satu perlima (1/5) daripada gaji yang akhir diterima oleh pesara yang mati itu dan ganjaran terbitan; atau (b) ganjaran terbitan sahaja. PEMBATALAN DAN PENARIKAN BALIK KELULUSAN PERSARAAN PILIHAN 23. Pegawai/pekerja yang telah memohon persaraan pilihan adalah masih dalam perkhidmatan sehingga tarikh persaraan pilihannya berkuat kuasa. Dalam hal ini, Ketua Jabatan hendaklah sentiasa mengingatkan pegawai/pekerja yang memohon persaraan pilihan untuk mematuhi tanggungjawab sebagai pegawai/pekerja dan tidak melakukan apaapa tindakan yang boleh menjejaskan permohonannya. Permohonan Pindaan Tarikh atau Pembatalan Persaraan Pilihan 24. Sekiranya pegawai/pekerja berpencen berhasrat untuk meminda tarikh atau membatalkan permohonan persaraan pilihan, permohonan tersebut hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya tiga puluh (30) hari sebelum tarikh kuat kuasa

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy