Persaraan dan Faedah Persaraan

153 Penarikan Balik Kelulusan Persaraan Pilihan 26. Persaraan pilihan ini bukanlah merupakan suatu hak tetapi hanya merupakan suatu kemudahan yang diberikan kepada pegawai/pekerja berpencen. 27. JPA boleh, sebelum tarikh persaraan pilihan itu berkuat kuasa, menarik balik kelulusan persaraan pilihan yang telah diberikan jika pegawai/pekerja itu didapati mempunyai prosiding jenayah/siasatan SPRM/tindakan tatatertib yang belum selesai. 28. JPA boleh, atas kepentingan perkhidmatan atau tanpa memberikan apa-apa sebab, menarik balik kelulusan persaraan pilihan sebelum tarikh persaraan pilihan pegawai/pekerja itu berkuat kuasa. 29. JPA boleh menarik balik persaraan pilihan selepas tarikh persaraan pilihan pegawai/pekerja itu berkuat kuasa jika terdapat kesilapan fakta yang dimaklumkan kepada JPA setelah pegawai/pekerja bersara. Sebelum penarikan balik persaraan pilihan dibuat oleh JPA, penyiasatan perlu dibuat bagi mengesahkan kebenaran kesilapan fakta tersebut dan jika perlu pegawai/pekerja tersebut boleh dikehendaki memberikan penjelasan terhadap kesilapan fakta itu. 30. Bagi tujuan perenggan 28, “kesilapan fakta” ertinya kesilapan maklumat mengenai perkhidmatan seseorang pegawai/pekerja yang pada hakikatnya pegawai tidak atau masih belum memenuhi syarat yang sedang berkuat kuasa untuk dia layak dipertimbangkan bagi persaraan pilihan semasa JPA mempertimbangkan kelulusan persaraan pilihan pegawai/pekerja itu. 31. Keputusan penarikan balik persaraan pilihan hendaklah diberitahu kepada pegawai/pekerja tersebut dengan segera.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy