Persaraan dan Faedah Persaraan

152 22. Menurut subseksyen 12(4) Akta 227 dan Akta 239, jika seseorang pegawai/pekerja yang telah bersara pilihan dan mati sebelum mencapai umur empat puluh lima (45) tahun, lima puluh (50) tahun atau lima puluh lima (55) tahun mengikut mana-mana yang berkenaan, Yang di-Pertuan Agong/Menteri boleh, dengan serta-merta, memberi kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang berkenaan— (i) pencen terbitan tidak kurang daripada satu perlima (1/5) daripada gaji yang akhir diterima oleh pesara yang mati itu dan ganjaran terbitan; atau (ii) ganjaran terbitan sahaja. PEMBATALAN DAN PENARIKAN BALIK KELULUSAN PERSARAAN PILIHAN 23. Pegawai/pekerja yang telah memohon persaraan pilihan adalah masih dalam perkhidmatan sehingga tarikh persaraan pilihannya berkuat kuasa. Dalam hal ini, Ketua Jabatan hendaklah sentiasa mengingatkan pegawai/pekerja yang memohon persaraan pilihan untuk mematuhi tanggungjawab sebagai pegawai/pekerja dan tidak melakukan apa- apa tindakan yang boleh menjejaskan permohonannya. Permohonan Pindaan Tarikh atau Pembatalan Persaraan Pilihan 24. Sekiranya pegawai/pekerja berpencen berhasrat untuk meminda tarikh atau membatalkan permohonan persaraan pilihan, permohonan tersebut hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya tiga puluh (30) hari sebelum tarikh kuat kuasa persaraan. Pegawai/pekerja hendaklah mengemukakan surat permohonan berserta justifikasi pindaan tarikh atau pembatalan persaraan pilihan yang disokong oleh Ketua Jabatan kepada JPA untuk pertimbangan lanjut. JPA berhak untuk menolak permohonan pindaan tarikh atau pembatalan persaraan pilihan sekiranya permohonan tersebut lewat dikemukakan. 25. Bagi pembatalan permohonan persaraan pilihan oleh pegawai /pekerja yang ingin menjadi calon pilihan raya, surat permohonan berserta justifikasi hendaklah dikemukakan kepada JPA selewat-lewatnya sehari sebelum Hari Penamaan Calon .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy