Persaraan dan Faedah Persaraan
151 (a) empat puluh lima (45) tahun bagi— (i) seseorang pegawai perempuan; (ii) seseorang pegawai perkhidmatan bomba yang berpangkat pegawai rendah dan ke bawah; (iii) seseorang pegawai polis yang berpangkat rendah daripada Penolong Penguasa Polis; (iv) seseorang pegawai penjara yang berpangkat rendah daripada Penguasa; dan (v) seseorang jururawat lelaki di hospital mental; atau (b) lima puluh (50) tahun bagi seseorang pegawai lelaki, selain daripada pegawai yang disebut dalam subperenggan 18(a)(ii) hingga (v). 19. Subseksyen 12(3) Akta 227 pula memperuntukkan bahawa bagi seseorang pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 , pencen hanya layak diberikan apabila pegawai yang bersara itu mencapai umur lima puluh lima (55) tahun. Kelayakan mula menerima pencen bulanan menurut Akta 239 20. Subseksyen 12(2) Akta 239 memperuntukkan bahawa pekerja yang dilantik sebelum 12 April 1991 layak menerima pencen bulanan apabila mencapai umur yang berikut: (i) empat puluh lima (45) tahun bagi— (a) seseorang pekerja perempuan; dan (b) seseorang pegawai perkhidmatan bomba yang berpangkat pegawai rendah dan ke bawah; atau (ii) lima puluh (50) tahun bagi seseorang pekerja lelaki selain pekerja yang disebut dalam subperenggan 22(a)(ii). 21. Subseksyen 12(3) Akta 239 pula memperuntukkan bahawa seseorang pekerja yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 , pencen hanya boleh diberikan apabila pekerja yang bersara itu mencapai umur lima puluh lima (55) tahun.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy