Persaraan dan Faedah Persaraan

150 (vii) pengesahan bebas dari ikatan biasiswa pendidikan; dan (viii) kenyataan perkhidmatan dan kenyataan cuti yang disahkan. 13. Permohonan persaraan pilihan bagi pegawai/pekerja hendaklah dikemukakan kepada JPA selewat-lewatnya sehari sebelum Hari Penamaan Calon . Surat kelulusan akan dikemukakan kepada Jabatan. 14. Bagi tujuan kelulusan faedah persaraan bagi pegawai/pekerja yang ingin menjadi calon pilihan raya, pihak jabatan hendaklah mengemukakan dokumen yang lengkap berdasarkan Ceraian PP.1.2.1 dalam tempoh satu (1) minggu daripada tarikh surat kelulusan persaraan pilihan. Penghantaran menerusi Modul Penamatan dalam sistem HRMIS adalah dikecualikan. 15. Manakala kelulusan faedah persaraan yang melibatkan pegawai negeri yang menjadi calon pilihan raya yang telah diluluskan persaraan pilihan oleh Kerajaan Negeri, surat kelulusan persaraan pilihan dan dokumentasi persaraan tersebut perlu dikemukakan ke JPA untuk tindakan lanjut. 16. Proses pengiraan dan bayaran faedah persaraan akan dilakukan setelah dokumentasi yang lengkap diterima. Carta alir berkenaan prosedur persaraan pilihan ini adalah seperti di Lampiran PP.1.2.11(B). KELAYAKAN PENERIMAAN GANJARAN, AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR) YANG TERKUMPUL DAN FAEDAH LAIN 17. Seseorang pegawai/pekerja yang bersara pilihan layak menerima ganjaran, award wang tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) yang terkumpul dan faedah lain pada tarikh persaraannya berkuat kuasa. KELAYAKAN MULA MENERIMA PENCEN BULANAN OLEH PEGAWAI BERPENCEN/PEKERJA BERPENCEN YANG TELAH BERSARA Kelayakan mula menerima pencen bulanan menurut Akta 227 18. Subseksyen 12(2) Akta 227 telah memperuntukkan bahawa pegawai yang dilantik sebelum 12 April 1991 layak menerima pencen bulanan apabila mencapai umur yang berikut

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy