Persaraan dan Faedah Persaraan
149 permohonan persaraan pilihan tersebut. Carta alir berkenaan prosedur persaraan pilihan ini adalah seperti di Lampiran PP.1.2.11 (A) . 10. Permohonan persaraan yang dikemukakan kurang dari tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh kuat kuasa persaraan tidak akan dipertimbangkan . PELAKSANAAN PERMOHONAN PERSARAAN PILIHAN OLEH PEGAWAI/ PEKERJA YANG INGIN MENJADI CALON PILIHAN RAYA Syarat Permohonan 11. Pegawai/pekerja yang ingin menjadi calon pilihan raya boleh mengemukakan permohonan persaraan pilihan sekiranya memenuhi syarat-syarat: (i) telah disahkan dalam jawatan dan diberi taraf berpencen (PTB); (ii) telah berumur genap 40 tahun dan ke atas pada tarikh persaraan pilihan; (iii) telah mempunyai tempoh perkhidmatan tidak kurang sepuluh (10) tahun yang boleh dimasuk kira; (iv) permohonan persaraan pilihan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan; (v) lulus tapisan keutuhan SPRM; (vi) bebas daripada sebarang siasatan/tindakan tatatertib/ mahkamah; dan (vii) sekiranya mempunyai ikatan perjanjian penajaan pendidikan, hendaklah mendapatkan surat persetujuan daripada penaja pinjaman/biasiswa pendidikan terlebih dahulu. Prosedur Permohonan 12. Pegawai/pekerja yang ingin menjadi calon pilihan raya wajib mengemukakan dokumen sokongan kepada JPA seperti berikut: (i) salinan kad pengenalan; (ii) salinan surat permohonan persaraan pilihan oleh pegawai; (iii) surat sokongan persaraan pilihan oleh Ketua Jabatan; (iv) surat pencalonan daripada parti politik; (v) surat keputusan lulus tapisan keutuhan daripada SPRM; (vi) pengesahan bebas daripada sebarang tindakan tatatertib/ mahkamah;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy