Persaraan dan Faedah Persaraan

148 Prosedur Permohonan Persaraan Pilihan 8. Pegawai/pekerja hendaklah mematuhi prosedur permohonan persaraan pilihan seperti di bawah: (i) Mengemukakan surat permohonan persaraan pilihan kepada Ketua Jabatan untuk disokong; (ii) Jabatan menyemak permohonan persaraan pilihan pegawai dan memastikan pegawai memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan; (iii) Jabatan mendapatkan sokongan Ketua Jabatan; (iv) Ketua Jabatan kemudiannya hendaklah mengemukakan permohonan persaraan pilihan tersebut melalui Borang Urusan Persaraan dan Pencen Melalui HRMIS (Borang JPA.BP.HRMIS01) yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pegawai/pekerja serta disahkan oleh Ketua Jabatan ke Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (“KWAP”) untuk kelulusan bersekali dengan surat iringan dan dokumen sokongan seperti yang berikut: (a) salinan kenyataan perkhidmatan dan kenyataan cuti yang disahkan; (b) salinan sijil nikah/ daftar perkahwinan/ cerai/ rujuk pasangan dari pihak berkuasa yang berkenaan; (c) borang JPA.BP.UMUM.B04-Borang Laporan Pengesahan Pakar Perubatan Mengenai Anak Kurang Upaya Tanggungan Pesara (jika berkaitan); (d) surat permohonan persaraan pilihan oleh pegawai/pekerja berpencen yang telah disokong oleh Ketua Jabatan; dan (e) surat kelulusan persaraan pilihan (bagi pegawai negeri sahaja). (v) Jabatan Perkhidmatan Awam menyemak dan meluluskan permohonan persaraan pilihan pegawai. Surat kelulusan boleh diperoleh melalui https://apps.jpapencen.gov.my/ps/. 9. Permohonan persaraan pilihan hendaklah dikemukakan seawal-awalnya dalam tempoh enam (6) bulan tetapi tidak lewat dari tempoh tiga (3) bulan dari tarikh persaraan. Dalam hal ini, Ketua Jabatan hendaklah memastikan ketetapan tempoh ini dipatuhi oleh pegawai/pekerja terlebih dahulu sebelum mengesahkan dan memperakukan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy