Persaraan dan Faedah Persaraan

147 (vii) “ perkhidmatan yang boleh dimasuk kira ” ertinya perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan yang boleh dimasuk kira di bawah peraturan- peraturan yang dibuat di bawah Akta 227 dan Akta 239; (viii) “ Ketua Jabatan ” ertinya pegawai yang mengetuai sesebuah agensi di peringkat ibu pejabat iaitu termasuk Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Ketua Perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang ditetapkan sebagai Ketua Jabatan. PEGAWAI/PEKERJA YANG LAYAK MEMOHON PERSARAAN PILIHAN 6. Kemudahan persaraan pilihan hanya layak diberikan kepada pegawai/pekerja berpencen sahaja. PELAKSANAAN PERMOHONAN PERSARAAN PILIHAN OLEH PEGAWAI/PEKERJA Syarat Permohonan 7. Pegawai/pekerja yang ingin memohon persaraan pilihan hendaklah memenuhi kesemua syarat yang berikut: (i) telah disahkan dalam perkhidmatan dan diberi taraf berpencen (PTB); (ii) berumur genap 40 tahun dan ke atas pada tarikh persaraan pilihan; (iii) mempunyai tempoh perkhidmatan tidak kurang sepuluh (10) tahun yang boleh dimasuk kira; (iv) permohonan persaraan pilihan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan; (v) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); (vi) bebas daripada sebarang siasatan/tindakan tatatertib/mahkamah; dan (vii) sekiranya mempunyai ikatan perjanjian penajaan pendidikan, hendaklah mendapatkan surat persetujuan daripada penaja pinjaman/biasiswa pendidikan terlebih dahulu.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy