Persaraan dan Faedah Persaraan

 141 (iii) MemastikanSijil Penghargaan ditandatangani oleh pihak yang ditetapkan di perenggan 6 di atas. Sijil Penghargaan yang ditandatangani oleh Y.A.B. Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara hendaklah dihantar kepada Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam; (iv) Menyampaikan Sijil Penghargaan pada masa yang sesuai sebelum tarikh pegawai bersara. Penyampaian Sijil Penghargaan kepada waris pegawai yang telah meninggal dunia hendaklah dibuat dalam masa dua (2) minggu selepas pegawai berkenaan meninggal dunia; (v) Penyampaian Sijil Penghargaan kepada pesara pilihan sendiri hendaklah dibuat bersekali di Majlis Meraikan Pesara Wajib; dan (vi) Mencetak Sijil Penghargaan mengikut spesifikasi berikut: (a) Menggunakan kertas jenis goatskin 230 gsm berukuran A4 berwarna cream; dan (b) Menggunakan tulisan jenis Times New Roman, Bold, Italic saiz 36 unutk tajuk ‘Penghargaan’ dan saiz 15 untuk kandungan Sijil Penghargaan. Pastikan kandungannya seperti contoh di Lampiran PP.1.2.10(A) b agi pesara dan Lampiran PP.1.2.10(B) b agi pegawai yang meninggal dunia. 8. Perbelanjaan untuk mengadakan upacara peyampaian Sijil Penghargaan hendaklah mengikut peraturan Perbendaharaan yang berkuatkuasa. PEMBATALAN 9. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan seperti di bawah adalah dibatalkan . (i) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1975: Surat Penghargaan; (ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 1978: Surat Penghargaan Bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan Yang Bersara; dan (iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1986: Surat Penghargaan Bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan Yang Bersara.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy