xiv Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan Pindaan 2: TUJUAN “150 hari” Dipinda kepada “160 hari” Pindaan 3: LATAR BELAKANG 2. GCR bagi pegawai berpencen Perkhidmatan Awam Persekutuan diperuntukkan di bawah Peraturan 21, PeraturanPeraturan Pencen 1980, iaitu sebagai satu faedah di bawah Akta Pencen 1980 [Akta 227]. Dipinda kepada 2. GCR bagi pegawai berpencen perkhidmatan awam Persekutuan diperuntukkan di bawah Peraturan 21 dan 21A, Peraturan-Peraturan Pencen 1980 [P.U.(A) 176/1980], iaitu sebagai satu faedah persaraan di bawah Akta Pencen 1980 [Akta 227]. Pindaan 4: PELAKSANAAN 4. Pegawai yang layak untuk menggunakan kemudahan ini adalah pegawai yang menguınpul GCR melebihi 150 hari pada tahun persaraan iaitu hanya GCR yang melebihi 150 hari boleh digunakan sebagai cuti rehat. Pegawai boleh menggunakan cuti ini secara sekaligus ataupun berperingkat dalam ternpoh 12 bulan sebelum tarikh bersara tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan. Dipinda kepada 4. Sehubungan dengan itu, pegawai yang layak untuk menggunakan kemudahan cuti rehat pada tahun akhir perkhidmatan ialah pegawai yang mengumpul GCR melebihi 160 hari pada tahun persaraan, yang mana hanya GCR yang melebihi 160 hari boleh digunakan sebagai cuti rehat. Pegawai boleh menggunakan cuti ini secara sekaligus ataupun berperingkat dalam ternpoh 12 bulan sebelum tarikh bersara tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy