Persaraan dan Faedah Persaraan

 126 pembayaran ex-gratia terbitan akan dibuat bersekali dengan urusan kelulusan pembayaran ganjaran terbitan tanpa memerlukan maklumat tambahan daripada Ketua Jabatan. 8. Dalam hal berlaku sebarang pertikaian (dispute) terhadap pemberian ex-gratia terbitan ini, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berhak untuk menentukan pihak yang sepatutnya diberi ex-gratia terbitan serta kadarnya. Penentuan ini adalah muktamad. Pengiraan Ex-Gratia Terbitan 9. Ex-gratia terbitan dikira berdasarkan formula berikut: 10. Formula pengiraan adalah berdasarkan: (i) faktor pengiraan sebagaimana yang diguna pakai bagi pengiraan ganjaran terbitan, iaitu sama ada 1/20 bagi kematian gemulah yang berlaku sebelum 1 Januari 1995 atau 7.5% bagi kematian yang berlaku pada atau selepas tarikh tersebut; (ii) tempoh perkhidmatan yang diambil kira bagi pengiraan ex-gratia terbitan adalah tempoh perkhidmatan sepenuhnya secara isyarat (notion) seolah-olah gemulah berkhidmat sehingga mencapai umur persaraan wajib; (iii) umur persaraan wajib bagi menetapkan tempoh perkhidmatan sepenuhnya secara isyarat ditentukan melalui tarikh lahir gemulah yang tercatat dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan dan umur persaraan wajib yang terpakai bagi gemulah; dan Ex-gratia terbitan = 1/20 atau 7.5% * x tempoh perkhidmatan x gaji akhir pada secara isyarat ganjaran terbitan yang telah dibayar atau caruman syer Kerajaan/majikan KWSP atau mana-mana kumpulan wang simpanan semasa perkhidmatan gemulah berserta faedah yang terakru, mana yang berkenaan Mengikut faktor ganjaran terbitan yang terpakai bagi gemulah

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy