Pencen

 6-1 Lampiran PP.1.2.4(F) CARTA ALIRAN PROSEDUR PERSARAAN ATAS SEBAB KESIHATAN MULA Ketua Jabatan menghantar kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Pengarah Hospital Kuala Lumpur atau Pengarah Hospital Universiti permohonan untuk menubuhkan Lembaga Perubatan (Lampiran PP.1.2.4(A)) untuk memeriksa pegawai yang didapati mungkin perlu dibersarakan atas sebab kesihatan. Pengarah Kesihatan Negeri/Pengarah Hospital Kuala Lumpur/ Pengarah Hospital Universiti menerima permohonan (Lampiran PP.1.2.4(A)) dan menubuhkan Lembaga Perubatan. Lembaga Perubatan bersidang secepat mungkin. Lembaga Perubatan mengemukakan laporannya dalam Lampiran PP.1.2.4(B) kepada Ketua Jabatan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh persidangan. Ketua Jabatan menerirna laporan Lembaga Perubatan (Lampiran PP.1.2.4(B)). LEMBAGA PERUB ATAN BERPENDAPAT PEGAWAI BERKENAAN TIDAK BERUPAYA MENJALAN K AN KEWAJIPAN JAWATANNYA? TIDAK YA 1. Dalam TAMAT tempoh Ketua Jabatan menyampaikan keputusan untuk tidak meneruskan cadangan membersarakan pegawai yang berkenaan atas sebab kesihatan 14 hari dari tarikh penerimaan laporan Lembaga Perubatan (Lampiran PP.1.2.4(B)), Ketua Jabatan menghantar surat notis cadangan persaraan (Lampiran PP.1.2.4(C) dan Lembaran PP.1.2.4(C-1)) kepada pegawai yang berkenaan melalui Pos Berdaftar Akuan Terima atau diserah dengan tangan serta diakui penerimaannya. 2. Pegawai yang berkenaan memulakan Cuti Perubatan Khas pada tarikh berikutan keluarnya laporan Lembaga Perubatan sekiranya beliau tidak mempunyai cuti rehat, atau sebaik sahaja beliau menghabiskan cuti rehatnya, yang mana terkemudian, hingga sehari sebelum tarikh persaraan yang ditetapkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy