Pencen

 PP.1.2.4 22 kewajipan-kewajipan jawatannya. Borang seperti di Lampiran PP.1.2.4(A) hendaklah digunakan bagi maksud ini dan dihantar lengkap dengan salinan dokumen-dokumen yang disenaraikan di dalam borang tersebut. Lembaga Perubatan tersebut hendaklah dianggotai oleh tidak kurang daripada dua orang Pegawai Perubatan yang mana salah seorang daripadanya hendaklah merupakan pakar perubatan dalam jenis penyakit atau kecederaan yang dialami oleh pegawai yang hendak diperiksa itu. 4.1 Laporan Lembaga Perubatan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan dalam borang seperti di Lampiran PP.1.2.4(B) dalam masa dua bulan dari tarikh persidangan Lembaga Perubatan tersebut. 4.2 Dalam tempoh 14 hari dari penerimaan laporan Lembaga Perubatan yang menyampaikan pendapat bahawa pegawai yang diperiksa itu tidak berupaya menjalankan kewajipan-kewajipan jawatannya disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh yang mungkin menjadi kekal, Ketua Jabatan hendaklah memaklumkan pendapat Lembaga Perubatan itu kepada pegawai yang berkenaan dengan menggunakan surat seperti di Lampiran PP.1.2.4(C) yang dihantar-melalui Pos Berdaftar Akuan Terima atau diserah dengan tangan serta diakui penerimaannya, mana yang sesuai. 4.3 Pegawai yang berkenaan diberi 14 hari dari tarikh beliau menerima surat Lampiran PP.1.2.4(C) untuk mengemukakan kepada Ketua Jabatannya persetujuan untuk dibersarakan atas sebab kesihatan di atas borang Lampiran PP.1.2.4(C-1). Sekiranya beliau tidak bersetuju untuk dibersarakan sedemikian, borang tersebut hendaklah dilengkapkan dengan penjelasan kenapa beliau tidak seharusnya dibersarakan. 4.4 Sebaik sahaja borang Lembaran PP.1.2.4(C-1) diterima dari pegawai yang berkenaan, atau selepas luputnya tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat Lampiran PP.1.2.4(C) oleh beliau, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan perakuan persaraan atas sebab kesihatan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, mana yang berkenaan, dengan menggunakan borang seperti di Lampiran PP.1.2.4(D). Perakuan ini hendaklah dihantar lengkap dengan dokumen-dokumen yang disenaraikan dalam borang tersebut.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy