PP.1.2.2 16 4. Panduan Urusan Faedah Persaraan dan Faedah Terbitan Melalui Modul Penamatan Perkhidmatan Dalam Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) adalah seperti di Lampiran PP.1.2.2(A). Panduan ini hanya dikhususkan untuk tujuan urusan Persaraan Wajib, Persaraan Pilihan dan Kematian Dalam Perkhidmatan sahaja. 5. Permohonan persaraan wajib, persaraan pilihan dan pencen terbitan bagi kematian dalam perkhidmatan hendaklah dikemukakan kepada: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) Jabatan Perkhidmatan Persaraan Aras Bawah, SkyTech Tower 2, MKN Embassy Techzone, Jalan Teknokrat 2, Cyber 4, 63000 Cyberjaya SELANGOR DARUL EHSAN E-mel pertanyaan/ aduan: mypesara@kwap.gov.my Telefon: 03-8887 8777 6. Penghantaran permohonan bagi jenis persaraan selain daripada yang dinyatakan dalam Perenggan 3 di atas adalah masih tertakluk kepada Ceraian ini. PEMBATALAN 7. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Surat Edaran JPA/PEN(S)228/25/11Klt. 2(1) bertarikh 12 Oktober 2016: Penggunaan Modul Penamatan Perkhidmatan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) Bagi Urusan Persaraan Wajib, Persaraan Pilihan Dan Kematian Dalam Perkhidmatan adalah dibatalkan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy