Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-55 (e) menilai program penyelenggaraan bagi: (i) menentukan matlamat program penyelenggaraan tercapai; (ii) mengenal pasti usaha-usaha penyelengaraan yang dijalankan; dan (iii) membantu membuat keputusan menyewa atau membeli bekalan pejabat. Pemeriksaan 10.8 Ketua Jabatan/Pegawai Pemeriksa yang dilantik hendaklah mengadakan pemeriksaan berkala dan secara mengejut ke atas inventori dan bekalan pejabat mengikut peraturan yang ditetapkan bertujuan memastikan: (a) baki dalam buku rekod adalah sama dengan baki dalam simpanan; (b) berkeadaan sempurna; (c) tempoh penggunaan masih belum luput; (d) stok mencukupi mengikut had keperluan yang ditetapkan; dan (e) disimpan di tempat yang ditetapkan. 10.9 Setelah pemeriksaan selesai dilaksanakan, Ketua Jabatan/Pegawai Pemeriksa hendaklah mengemukakan Sijil Pemeriksaan Inventori dan Bekalan Pejabat kepada Ketua Setiausaha Kementerian. Pelupusan 10.10 Item yang rosak, tidak boleh guna atau tidak ekonomik dibaiki, tempoh dilupuskan mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa. 10.11 Pelupusan hanya dilaksanakan setelah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa yang meluluskan pelupusan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy