1-49 9.17. Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan pegawai menggunakan kemudahan e-mel mengikut etika, garis panduan dan prosedur keselamatan penggunaan e-mel yang ditetapkan. 9.18. Pegawai harus bertindak bijak, profesional dan berhati-hati dalam menggunakan kemudahan e-mel yang diberi. 9.19. Pegawai harus menggunakan identiti/akaun e-mel sendiri apabila menggunakan kemudahan e-mel dan dilarang menggunakan kemudahan e-mel untuk tujuan peribadi seperti menyebar, menghantar dan melibatkan diri dalam e-mel yang mengandungi kod perosak, unsur-unsur lucah, hasutan, ancanıan dan e-mel sampah yang dapat mengganggu penggunaan e-mel milik orang lain. 9.20. Pegawai hendaklah mematuhi peraturan dan prosedur penggunaan e-mel yang ditetapkan agar keselamatan ke atas pemakaiannya terjamin. 9.21. Masalah berkaitan dengan penggunaan e-mel boleh dirujuk kepada MAMPU manakala yang berkaitan dengan keselamatan dirujuk kepada Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan. Perisian 9.22. Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan sebarang instalasi (installation) perisian ICT yang berlesen sahaja dibenarkan untuk kegunaan Jabatan. Sebarang instalasi perisian yang tidak berlesen atau cetak rompak adalah dilarang. Pembangunan Sistem Aplikasi 9.23. Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan sebarang pembangunan sistem aplikasi (legacy) yang menyokong urusan Jabatan mengguna pakai kod-kod yang standard di bawah Data Dictionary Sektor Awam (DDSA) mengikut peraturan yang berkuat kuasa. 9.24. Bagi pelaksanaan perkongsian pintar dalam bidang ICT, Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan sebarang sistem aplikasi generik yang boleh dikongsi dengan jabatan-jabatan lain didaftarkan kepada pihak MAMPU melalui Sistem Respositori Aplikasi Perkongsian Pintar (RAPP). Tindakan ini hendaklah merujuk kepada peraturan semasa yang berkuat kuasa.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy