Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-31 (a) menyemak dan mengkaji kesesuaian bagi menghapuskan lesendan permit bagi urusan tertentu yang tidak sesuai dengan keadaan semasa; (b) memperkenalkan lesen komposit atau dalam apa-apa bentuk yang sesuai dengan keadaan semasa; dan (c) melanjutkan tempoh sah laku lesen dan permit, di mana sesuai bagi memberi pilihan kepada pelanggan tentang tempoh lesen dan permit yang diperlukan. Pungutan Hasil 5.7. Jabatan Kerajaan yang ditugaskan memungut hasil hendaklah sentiasa menjalankan tugas dengan cekap, amanah dan mengikut peraturan serta prosedur yang ditetapkan. Bagi tujuan ini usaha-usaha untuk meningkatkan pungutan hasil Kerajaan hendaklah dibuat dengan memperkenalkan kaedah berikut: (a) mempelbagaikan saluran bayaran bagi memudahkan pembayaran dibuat termasuk melalui kaunter pejabat pos, bank, bayaran melalui pos, bayaran secara atas talian (online) dan saluran lain yang sesuai; (b) mempelbagai kaedah penerimaan bayaran dengan cara draf bank, kiriman wang pos, kad kredit, e-cash atau cara-cara bayaran yang lain; dan (c) memberi tumpuan sewajarnya kepada usaha-usaha untuk memungut tunggakan hasil Kerajaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy