1-21 (e) Mempunyai keazaman dan kegigihan (i) mempunyai keazaman, tidak mudah putus asa serta sanggup berkorban masa dan tenaga bagi memastikan rancangan dan tugas dilaksanakan seperti mana dijadualkan demi mencapai matlamat organisasi; dan (ii) berupaya menggunakan strategi dan kaedah lain yang bersesuaian melalui inisiatif sendiri seperti mendapatkan sokongan pihakpihak tertentu untuk memastikan objektif organisasi dapat dicapai. Mempunyai sifat-sifat amanah, jujur dan kebolehpercayaan (i) amanah, jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tugas dan mempunyai ciri yang sesuai untuk diberi tanggungjawab yang melibatkan kepentingan organisasi dan kepentingan awam; dan (ii) boleh dipercayai untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. (g) Bersedia berkhidmat untuk kepentingan awam dan negara Sentiasa bertanggungjawab dan bersedia untuk membantu atau memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin untuk kepentingan awam dan negara melebihi daripada kepentingan peribadi. (h) Mempunyai sifat keberanian dan sanggup menerima cabaran (i) boleh mengemukakan pandangan secara berani tetapi secara bertanggungjawab dan berhemah; (ii) sanggup menyahut cabaran untuk memajukan diri dan organisasi; dan (iii) mempunyai semangat dan keupayaan untuk melaksanakan tugas yang mencabar dan sanggup mengambil risiko dalam melaksanakannya.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy