1-20 (b) Berkebolehan untuk mengawal emosi (i) mempunyai kesabaran yang tinggi dan kebolehan mengawal emosi di dalam suasana kerja terutamanya suasana yang terdesak dan tertekan; dan (ii) sentiasa tenang dan berhemah walaupun di dalam keadaan kerja yang sangat mencabar. (c) Berkebolehan untuk bertindak secara bijaksana dan berhemah (i) boleh menganalisis dan menjangka implikasi yang berlaku bagi setiap tindakan yang diambil; dan (ii) mempunyai sifat berhati-hati dalam apa-apa perkara untuk memastikan tindakan diambil dan dilaksanakan dengan bijaksana tanpa menimbulkan suasana yang tidak sihat di dalam organisasi dan antara organisasi atau tanggapan yang buruk oleh pihak yang terlibat. (d) Mempunyai pendekatan yang fleksibel tetapi tegas (i) tidak rigid tetapi tegas dalam membentuk dan melaksanakan dasar atau peraturan; (ii) boleh mengambil kira keperluan-keperluan baru dan bersikap fleksibel dalam mencari penyelesaian supaya pelaksanaan dasar dan peraturan disesuaikan mengikut perubahan yang berlaku; dan (iii) berfikiran terbuka dan boleh menganjak paradigma serta tidak terikat dengan peraturan dan kaedah yang sudah tidak sesuai.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy