Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 1-19 BAHAGIAN III KEPERIBADIAN DAN KETERAMPILAN Keperibadian 3.1. Setiap pegawai awam hendaklah sentiasa menjaga dan memelihara penampilan diri, cara berpakaian, cara bekerja, tatakelakuan, disiplin dan adab sopan sama ada semasa menjalankan tugas atau di luar masabertugas. 3.2. Pegawai awam hendaklah memiliki keperibadian unggul yang dizahirkan melalui sikap dan tatakelakuan yang berasaskan nilai-nilai mumi. Di samping itu, pegawai juga dikehendaki memiliki professional competency pada tahap yang tinggi seperti cekap, mahir, intelektual, produktif, result oriented, inovatif, berwawasan, pintar dan kreatif. 3.3. Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua pegawai menghayati nilai-nilai murni untuk meningkatkan keutuhan jabatan yang antara lainnya seperti berikut: (a) Berintegriti (i) mempunyai kualiti diri dan berpegang kuat kepada prinsip moral yang baik; (ii) bertindak selaras dengan nilai-nilai yang baik walaupun dalam keadaan yang sukar; (iii) bertindak secara konsisten untuk menegakkan kebenaran dan mengotakan apa yang dikata; (iv) bersifat terbuka dan terus terang dalam menyampai dan menerima cadangan, idea dan teguran; dan (v) berupaya menjadikan diri dihormati kerana tindakan yang dilakukan adalah berasaskan kepada nilai murni.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy