1-17 Penyediaan Warta Kerajaan 2.18. Dalam menyediakan Warta Kerajaan, Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: (a) maklumat yang hendak diwartakan, sama ada dalam Warta Kerajaan Persekutuan atau Warta Kerajaan Negeri, dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara atau Penasihat Undang-Undang Negeri untuk memastikan ianya teratur dari segi perundangan; (b) semua bahan yang hendak dicetak perlu disemak dengan teliti tentang kebenaran dan ketepatan kandungannya sebelum dihantar untuk dicetak; dan (c) Warta Kerajaan hanya boleh dicetak oleh pihak pencetak yang diberi kuasa oleh Perbendaharaan. Maklumat Pewartaan 2.19 Setiap pewartaan pelantikan dan kenaikan pangkat seperti di perenggan 2.16 hendaklah mengandungi maklumat berikut: (a) Nama; (b) No. Kad Pengenalan; (c) Nama Jawatan; (d) Tarikh Kuatkuasa Lantikan / Naik Pangkat; dan (e) Agensi Tempat Bertugas.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy