1-10 BAHAGIAN II PENTADBIRAN SUMBER MANUSIA Rekod Perkhidmatan Pegawai Tanggungjawab Ketua Jabatan 2.1. Ketua Jabatan bertanggungjawab menentukan maklumat perkhidmatan pegawai di bawah penyeliaannya direkodkan dengan teratur, lengkap dan terkini. Maklumat pegawai hendaklah direkodkan dengan menggunakan kemudahan komputer atau di dalam buku yang disediakan khas untuk tujuan tersebut. Jika maklumat pegawai direkodkan secara manual, catatannya hendaklah menggunakan dakwat kekal. Tanggungjawab Pegawai 2.2. Pegawai perlu memaklumkan maklumat peribadi semasa melapor diri bertugas. Pegawai juga bertanggungjawab untuk memaklumkan tentang perubahan maklumat tersebut agar ianya sentiasa kemaskini. Maklumat Dalam Rekod Perkhidmatan 2.3. Maklumat yang perlu direkodkan antaranya ialah: (a) Maklumat Peribadi Pegawai (i) Nama; (ii) Tarikh dan tempat lahir; (iii) Nombor Kad Pengenalan; (iv) Nombor Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); (v) Agama; (vi) Kelayakan akademik; dan (vii) Nama, nombor kad pengenalan dan alamat waris.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy