1-2 (e) mengutamakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di dalam pengurusan pejabat; menggalakkan perhubungan yang sihat di antara pegawai dan menyediakan suasana bekerja yang harmonis; (g) menggunakan aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia jabatan; (h) menyedia dan melaksanakan program kualiti jabatan; dan (i) mewujud dan memperkukuhkan mekanisme kerjasama antara sektor awam dan swasta. Menyemak Semula Fungsi Jabatan 1.3. Dari semasa ke semasa Ketua Jabatan hendaklah menyemak fungsi jabatan supaya fungsi itu kemas kini dan selaras dengan objektif Kerajaan. Jika fungsi ini tidak lagi selaras dengan objektif Kerajaan maka fungsi itu hendaklah diubah suai. Menilai Semula Aktiviti Jabatan 1.4. Dari semasa ke semasa Ketua Jabatan hendaklah menilai semula aktiviti jabatan supaya: (a) aktiviti yang tidak lagi perlu atau tidak sesuai dihapuskan; dan (b) setiap langkah atau tindakan penting yang akan diambil membantu mencapai matlamat Kerajaan. Undang-undang Dan Peraturan 1.5. Undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan fungsi jabatan hendaklah dimaklumkan dan difahami oleh setiap pegawai. Ketua Jabatan hendaklah sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan bagi mengemas kini undang-undang dan peraturan yang berkaitan supaya sentiasa relevan dengan perkembangan semasa dan boleh meningkatkan penyampaian perkhidmatan dengan lebih berkesan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy