31 PO.1.1.7 Ringkasan Penurunan Kuasa Ringkasan Penurunan Kuasa Ceraian PO.1.1.6 Pengecualian Peraturan Penanggungan Kerja Kuasa Melulus i) pelangkauan melebihi dua (2) gred yang lebih tinggi Ketua Setiausaha/ Ketua Pengarah ii) organisasi berada di lokasi berlainan dan melebihi lingkungan 25 km iii) peraturan penanggungan kerja bagi kerja/tugas yang memerlukan kelayakan, kemahiran atau syarat khas dan lain-lain syarat yang ditetapkan oleh skim perkhidmatan. PELAKSANAAN 4. Bagi maksud ceraian ini: “Ketua Jabatan” adalah merujuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Pengarah sesuatu jabatan/agensi. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memastikan mana-mana tugas yang memerlukan kelulusan atau kelayakan tertentu di bawah peraturan atau undang-undang yang berkaitan hanya dilaksanakan oleh pegawai yang berkelayakan sebagaimana yang diperuntukkan oleh peraturan atau undang-undang tersebut. Urusan penanggungan kerja yang telah diberikan pengecualian tidak perlu dipertimbangkan semula oleh Pihak Berkuasa Melulus yang disenaraikan dalam Lampiran A, Ceraian PO.1.1.6. Ketua Setiausaha boleh meluluskan permohonan pengecualian penangggungan kerja bagi pegawai di bawah tanggungjawabnya termasuk pegawai di bawah tanggungjawab Ketua Pengarah yang fungsi dan tanggungjawab jabatan tersebut adalah di bawah Ketua Setiausaha itu. Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah tidak boleh meluluskan permohonan pengecualian penanggungan kerja bagi pegawai yang bukan di bawah tanggungjawabnya.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy