Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 3-1 LAMPIRAN PO.1.1.6(C) CONTOH PENGIRAAN BAYARAN LEBIH MASA BAGI PEGAWAI YANG SEDANG MENANGGUNG KERJA Bagi pegawai yang layak di bayar elaun lebih masa dan diarah menanggung kerja tugas lain serta bertugas melebihi dua (2) jam lima belas (15) minit di luar Waktu Pejabat adalah layak menuntut bayaran lebih masa seperti pengiraan berikut: 1. Waktu Bekerja Pejabat - Hari Bekerja Penuh (Hari Isnin Hingga Khamis) Formula: Jumlah masa yang layak dituntut Bayaran Lebih Masa = a – ( b + c ) a = Jumlah waktu bekerja pada hari bekerja penuh (Isnin hingga Khamis) b = Jumlah waktu bekerja biasa pejabat dalam sehari ialah 9 jam c = Jumlah waktu bekerja yang dibayar Elaun Penanggungan Kerja (EPK) dalam sehari ialah 9 jam x ¼ = 2 jam 15 minit Contoh- Formula: Jumlah masa yang layak dituntut Bayaran Lebih Masa a = 14 jam 15 minit b = 9 jam c = 2 jam 15 minit = a – ( b + c ) Jumlah masa yang layak dituntut Bayaran Lebih Masa = a – ( b + c ) = 14 jam 15 minit - (9 jam + 2 jam 15 minit) = 14 jam 15 minit - 11 jam 15 minit = 3 jam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy