28 PO.1.1.6 iii. senarai tugas pegawai yang diarah menanggung kerja; iv. senarai tugas jawatan yang hendak ditanggung kerja; dan v. salinan surat arahan penanggungan kerja. 14.3 Sekiranya kekosongan diketahui akan berlaku, permohonan kepada Pihak Berkuasa Melulus hendaklah dibuat sebelum berlaku kekosongan supaya kelulusan diperolehi sebelum pegawai menanggung kerja jawatan yang kosong itu. Walau bagaimanapun, sekiranya tindakan tersebut tidak dapat dilakukan kerana kekosongan jawatan berlaku secara tidak dijangka, maka permohonan kepada Pihak Berkuasa Melulus hendaklah dikemukakan dengan segera tidak lewat daripada tiga puluh (30) hari dari tarikh pegawai diarah menanggung kerja. Peringkat Pertimbangan Dan Penyampaian Keputusan 15. Pihak Berkuasa Melulus, hendaklah mempertimbang, membuat keputusan dan menyampaikan keputusan penanggungan kerja seseorang pegawai kepada Ketua Jabatan dan salinan kepada pegawai yang diperakukan dengan segera. Pemberitahuan keputusan penanggungan kerja ini hendaklah menggunakan format seperti di Lampiran PO.1.1.6(H). Peringkat Merekod Keputusan 16. Kelulusan penanggungan kerja hendaklah direkodkan dalam Rekod Perkhidmatan pegawai. PEMBATALAN 17. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007: Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam adalah dibatalkan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy