Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

 27 PO.1.1.6 12.3 Seseorang pegawai yang pernah diluluskan menanggung kerja dan kemudiannya diluluskan menanggung kerja jawatan yang sama, boleh dibayar Elaun Penanggungan Kerja sekiranya tempoh penanggungan kerja kali kedua dan seterusnya tidak kurang empat belas (14) hari berturut- turut termasuk cuti mingguan dan kelepasan am. Dalam konteks ini, jawatan yang sama bermaksud jawatan yang pernah ditanggung kerja sebelumnya; dan 12.4 Jika pegawai yang menanggung kerja layak menerima Bayaran Lebih Masa, bayaran tersebut hanya boleh dibayar bagi tugas yang dilaksanakan selepas dua (2) jam lima belas (15) minit daripada waktu bekerja pejabat. [Pengiraan Bayaran Lebih Masa bagi pegawai yang menanggung kerja seperti di Lampiran PO.1.1.6(C)] 13. Seseorang pegawai hanya boleh dibayar satu (1) Elaun Penanggungan Kerja sahaja pada satu (1) masa. Tatacara Urusan Penanggungan Kerja Peringkat Persediaan dan Perakuan 14. Ketua Jabatan apabila mengetahui akan berlaku atau telah berlaku kekosongan jawatan dan mendapati tugas jawatan tersebut mustahak diteruskan, hendaklah: 14.1 Mengeluarkan arahan secara bertulis dengan segera kepada pegawai yang telah dikenal pasti untuk menanggung kerja dan menentukan tempoh untuk menanggung kerja seperti format di Lampiran PO.1.1.6(D); 14.2 Menyedia dan mengemukakan dokumen berikut dalam perakuan untuk pertimbangan dan kelulusan Pihak Berkuasa Melulus mengikut Senarai Semak di Lampiran PO.1.1.6(E): i. perakuan penanggungan kerja menggunakan Borang seperti di Lampiran PO.1.1.6(F) dan PO.1.1.6(G); ii. carta organisasi yang menunjukkan kedudukan pegawai yang diperakukan dan jawatan yang hendak ditanggung kerja;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy