22 PO.1.1.6 “kekosongan operasi” bermaksud kekosongan jawatan secara sementara kerana penyandangnya bercuti, menjalankan tugas rasmi di luar pejabat, berkursus, dipinjamkan atau ditukar sementara, memangku, ditahan/digantung kerja atau tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan; “Ketua Jabatan” bermaksud: (i) Ketua Setiausaha kepada Kementerian; (ii) Ketua Pengarah; (iii) Ketua sesuatu perkhidmatan atau jawatan yang setaraf; atau (iv) Mana-mana pegawai yang bertanggungjawab mengetuai di peringkat jabatan, institusi, agensi atau bahagian. “pegawai” bermaksud semua kategori pegawai yang sedang berkhidmat yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Melantik secara tetap, sementara atau kontrak; “penanggungan kerja” bermaksud pelaksanaan tugas suatu jawatan lain oleh seseorang pegawai di samping melaksanakan tugas jawatannya sendiri bagi suatu tempoh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus yang berkenaan. PELAKSANAAN PENANGGUNGAN KERJA PERKHIDMATAN AWAM Peraturan-Peraturan Penanggungan Kerja 4. Peraturan-peraturan penanggungan kerja adalah seperti berikut: 4.1 Penanggungan kerja boleh dilaksanakan jika: 4.1.1 terdapat kekosongan jawatan secara hakiki atau operasi; dan 4.1.2 tugas jawatan yang kosong itu mustahak dilaksanakan secara berterusan supaya fungsi organisasi tidak terjejas.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy