1-15 10. Sementara itu, kaedah merekod beberapa maklumat urusan perkhidmatan yang penting di ruangan “Butir-butir perubahan atau lain-lain hal mengenai pegawai” di dalam “Kenyataan Perkhidmatan” adalah seperti berikut: Bil. Butir-Butir Maklumat Kaedah Merekod 12. Gaji Sebulan Rekodkan gaji dan mata gaji hakiki semasa pada setiap peristiwa yang dinyatakan di ruangan ini. Tiada catatan elaun kecuali elaun berpencen. Segala perubahan mengenai elaun dan perubahan pada gaji dan mata gaji hendaklah dicatatkan di ruangan “Butir-butir perubahan”. 13. Tandatangan Dan Tarikh Pegawai yang bertanggungjawab mengesahkan semua butiran yang direkodkan hendaklah mencatatkan tarikh, menurunkan tandatangannya dan di cop dengan cop jawatan di tempat yang ditetapkan di ruangan ini pada setiap peristiwa yang dinyatakan di ruangan “Butir-butir perubahan”. Bil. Butir-Butir Maklumat Kaedah Merekod 1. Pelantikan (rujuk contoh 1 dan 2 di muka surat 1-22 dan 1-23) - Skim Perkhidmatan - Klasifikasi dan Gred Jawatan - Nama Jawatan (bagi pelantikan secara pinjaman/ pertukaran sementara) - Taraf Lantikan (Tetap/ Sementara/ Kontrak/ Guru Sandaran Terlatih/ Kontrak Selepas Bersara) - Lantikan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) - Gaji, Mata Gaji, Gred Gaji dan Jadual Gaji (minimum dan maksimum) - Tarikh Mula Dilantik - Tempoh Percubaan (nyatakan tempohnya jika ada) - Perkhidmatan Wajib (jika berkenaan nyatakan tempohnya) - Syarat-syarat Perkhidmatan lain seperti Peperiksaan, Ujian, Kursus Induksi dan sebagainya - Rujukan Surat Tawaran (peringkat Suruhanjaya/ Kementerian/ Jabatan) - Penempatan Pegawai Jika ada perkhidmatan lepas, catatkan sama ada perkhidmatan tersebut dikira bersambung atau sebaliknya, lengkap dengan kuasa yang meluluskan. - Peletakan jawatan - Pelepasan dengan izin (rujuk surat kuasa)
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy