Pengurusan Psikologi

 8-10 12. Pegawai Psikologi 12.1 Fasa 2: Saringan a) Menerima rujukan daripada Pengurus Sumber Manusia; b) Menjalankan temu bual pertama dan saringan kepada pegawai dalam tempoh 2 minggu dari tarikh menerima rujukan bagi mengenal pasti permasalahan:- i. Kesihatan Fizikal; ii. Kesihatan Psikologi; iii. Kesihatan Mental; iv. Keterhutangan; v. Gangguan Spiritual (jika berkaitan); atau vi. Lain-lain permasalahan yang menjejaskan prestasi kerja atau kehidupan seharian pegawai. (Sesi temu bual dan saringan boleh berlaku secara serentak atau berlainan masa.) c) Menjalankan saringan dengan menggunakan penilaian psikologi yang bersesuaian seperti di LAMPIRAN B1-B6; d) Pegawai Psikologi boleh menggunakan pendekatan intervensi seperti berikut:- i. Kaunseling/ Psikoterapi; ii. Pengurusan Kesihatan; iii. Pengurusan Keterhutangan; iv. Pengurusan Psikologi; atau v. Intervensi yang bersesuaian. e) Mengadakan perbincangan bersama penyelia dan pegawai bagi menjelaskan matlamat yang seharusnya dicapai; dan f) Merancang pelan intervensi pegawai mengikut matlamat yang ditetapkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy