Pengurusan Psikologi

 7-52 Prosedur Pelaksanaan Proses Kaunseling 8. Bagi memastikan pelaksanaan Program Kaunseling berjalan lancar, Ketu Jabatan hendaklah: i. mengenalpasti dan melantik pegawai kaunseling seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 1999; ii. memberikan latihan kepada pegawai kaunseling berdasarkan modul latihan dari bahagian Perkhidmatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam atau agensi berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatann Awam yang menawarkan latihan kaunseling; dan iii. memastikan tugas dan aktiviti kaunseling dimasukkan ke dalam Fail Meja dan sasaran Kerja Tahunan (SKT) pegawai yang dilantik. 9. Sehubungan itu, pegawai psikologi berperanan untuk: i. menerima pegawai yang dirujuk oleh Urus setia PPK; ii. merekodkan maklumat dan biodata dalan fail SULIT pegawai yang didaftarkan di bawah PPK; iii. menjalankan sesi kaunseling individu atau kelompok; iv. membuat penilaian kes sama ada perlu dirujuk kepada pihak lain atau tidak; dan v. mengemukakan laporan perkembangan pegawai kepada Urus setia PPK setelah kes ditamatkan. 10. Urus setia PPK hendaklah: i. memastikan agar pegawai yang dirujuk menghadiri sesi kaunseling seperti yang telah ditetapkan; dan ii. memantau perkembangan pegawai melalui laporan yang telah dikemukakan oleh pegawai psikologi. Proses dan Carta Aliran Kerja 11. Pelaksanaan Program Kaunseling dapat dilihat dalam proses kerja seperti di Lampiran E1 dan carta aliran Lampiran E2.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy