Pengurusan Psikologi

 7-51 Tujuan Kaunseling 6. Tujuan kaunseling adalah: i. Memberi maklumat; Kaunseling dapat memberi gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah klien. ii. Menggalakkan celik akal; Kaunseling dapat membantu klien memahami lebih lanjut tentang diri dan persekitarannya. iii. Memberi sokongan; Masalah yang pelbagaidan rumit akan lebih mudah diatasi melalui sokongan emosi, kemesraan dan penerimaan tanpa syarat yang ditampilkan oleh pegawai psikologi. iv. Penyelesaian konflik; dan Membantu klien menyesuaikan diri dengan konflik yang dihadapi dan mencari alternatif penyelesaian masalah yang terbaik. v. Membuat keputusan. Membantu klien membuat keputusan dengan lebih efisyen berdasarkan kaedah-kaedah tertentu. Rasional Kaunseling 7. Perkhidmatan Kaunseling dapat membantu pegawai mengurangkan tekanan dan masalah seperti berikut: i. Ketegangan dan ketidakpuasan di tempat kerja; ii. Ketidakseimbangan emosi; iii. Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan; iv. Perbezaan imej diri pegawai bertentangan dengan imej korporat; v. Konflik peranan dengan cara gaya pentadbiran; vi. Prestasi dan tabiat kerja yang tidak memuaskan; vii. Masalah peribadi dan keluarga; viii. Kebosanan kerja dan kekurangan peluang dalam perkembangan kerjaya; ix. Meningkatkan dan membangunkan potensi diri; dan x. Keperluan sokongan dalam menghadapi krisis.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy