Pengurusan Psikologi

 7-45 Rasional Pembimbing Rakan Sekerja 5. Rakan sekerja merupakan faktor terpenting dalam mempengaruhi kualiti peribadi seseorang pegawai. Ini adalah kerana: i. pegawai berasa lebih selesa berbincang dengan rakan berbanding pegawai atasan mereka; ii. lebih mudah berbincang tentang kebimbangan peribadi dan menerima pertolongan daripada mereka; iii. pegawai boleh dilatih untuk memberi pertolongan yang positif dan lebih berkesan kepada rakan mereka; dan iv. struktur hubungan dalam organisasi hendaklah ditambah nilainya dengan hubungan kemanusiaan dan persaudaraan. Matlamat Pembimbing Rakan Sekerja (PRS) 6. Matlamat PRS adalah: i. Memberi sokongan kepada perubahan; Pegawai memerlukan pandangan dan pendapat daripada orang lain dalam menghadapi sebarang bentuk perubahan. Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai rakan yang berkebolehan dan berkemahiran untuk membantu menghadapi perubahan tersebut. ii. Meneguhkan perubahan yang dibuat; Perubahan tingkah laku yang dilaksanakan oleh pegawai perlu diberi peneguhan dan kepastian agar perubahan tersebut berkekalan. Contohnya memberikan idea, pandangan dan dorongan. iii. Berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan; Pengalaman dan pengetahuan berharga yang dimiliki oleh pegawai boleh memberi manfaat kepada organisasi. Pelbagai idea dan pemikiran kreatif akan terhasil sekiranya ia dapat dikongsi bersama warga organisasi. iv. Berkongsi permasalahan; dan Perasaan dan emosi negatif yang dipendam akan mewujudkan konflik diri pegawai. Oleh itu, ia perlu disalurkan secara positif. Justeru itu, PRS boleh memainkan peranan penting dalam membantu pegawai untuk meluahkan perasaan dan berkongsi pandangan serta pengalaman secara professional.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy