Pengurusan Psikologi

 7-39 PANDUAN KEPADA PEGAWAI PELAPOR (MENTOR) Pegawai Pelapor (Mentor) dikehendaki menyediakan laporan perkembangan pegawai dan mengemukakan kepada Urus setia Program Pengupayaan Kendiri di peringkat Jabatan masing-masing. Bagi menghasilkan laporan yang berkesan pegawai pelapor (mentor) perlu memberikan perhatian terhadap perkara-perkara berikut:- i. Laporan yang disediakan hendaklah berdasarkan perkembangan sama ada berbentuk positif atau negatif yang diperlihatkan oleh pegawai dalam program pementoran berdasarkan pemerhatian yang dijalankan secara berterusan. ii. Pegawai Pelapor (Mentor) perlu memastikan Laporan dihantar kepada Urus setia Program Pengupayaan Kendiri mengikut tempoh-tempoh yang ditetapkan iaitu setiap sekali dalam tempoh enam (6) bulan pertama selepas pegawai menjalani program pementoran dan seterusnya setiap sembilan(9) dan dua belas (12) bulan seterusnya untuk tempoh tahun pertama. Laporan ini akan dijadikan sebagai alat pengukur keberkesanan program pementoran ke atas pegawai berkenaan. iii. Untuk mengisi borang laporan ini, pegawai pelapor (Mentor) perlu menentukan pencapaian semasa pegawai berdasarkan kedudukan tahap disiplin dan prestasi kerja dan perlu menandakan () di petak kadar markah yang disenaraikan di bawah, yang difikirkan bersesuaian untuk menggambarkan kedudukan sebenar pegawai masing-masing pada masa laporan disediakan. iv. Kadar markah penentuan tahap disiplin dan prestasi kerja anggota yang ditetapkan adalah seperti berikut:- CEMERLANG SANGAT BAIK BAIK SEDERHANA LEMAH PANDUAN PENGISIAN BORANG 5 4 3 2 1

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy