7-35 Proses dan Carta Aliran Kerja 11. Pelaksanaan Program Pementoran boleh dilihat melalui proses kerja seperti di Lampiran C1 dan carta aliran seperti di Lampiran C2. Penilaian Perkembangan Program Pementoran 12. Penilaian pelaksanaan program pementoran ini perlu dilaksanakan berterusan bagi tempoh 6 bulan, 9 bulan dan 12 bulan untuk tempoh tahun pertama. Penilaian ini bertujuan melihat keberkesanan program dan tindakan penambahbaikan yang boleh dilakukan sekiranya perlu. Perkembangan proses pementoran akan dipantau dengan menggunakan Borang Penilaian Perkembangan Program Pementoran seperti di Lampiran C3. Penutup 13. Pelaksanaan program pementoran ini diharap akan dapat membantu organisasi dan setiap individu pekerja melakukan perubahan yang positif ke arah kecemerlangan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy