Pengurusan Psikologi

 7-33 Prosedur Pelaksanaan Program Pementoran 6. Bagi melicinkan pelaksanaan Program Pementoran, Ketua Jabatan hendaklah: i. menentukan bilangan mentor yang diperlukan dalam organisasi bersesuaian dengan kapasiti kakitangan. Nisbah yang bersesuaian adalah seorang mentor bagi tiga (3) orang pegawai yang terlibat (1-3). Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh melantik bilangan mentor sesuai dengan keperluan organisasi; ii. mengenal pasti dan melantik pegawai yang layak menjadi mentor dengan meneliti latar belakang atau profil mereka dari segi latar belakang latihan dan pengalaman bekerja (jawatan, bidang tugas, kemahiran yang ada) Antara ciri-ciri mentor yang sesuai ialah: a) kemahiran interpersonal yang tinggi; b) kemahiran komunikasi yang baik; c) kemahiran menyoal; d) perancangan dan penetapan matlamat; e) berkemampuan menggabungjalinkan sumber; f) menghargai individu lain; g) cemerlang dan positif; h) memahami tanggungjawab; i) berkeupayaan dan berkebolehan mengambil risiko; dan j) kemahiran mengawal emosi. iii. melaksanakan siri latihan asas kepada mentor dalam bentuk bengkel, seminar terpimpin atau perbincangan; iv. meneliti pengetahuan dan kemahiran yang mentor miliki tentang sistem dan peranan “pementoran” untuk kakitangan (mentee); v. membuat pemadanan antara mentor dan mentee bagi memastikan kesesuaian; vi. membuat pemantauan di setiap bahagian mengenai amalan “pementoran” yang dilaksanakan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy