Pengurusan Psikologi

 7-31 iii. menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan diri untuk menyelesaikan masalah serta membuat keputusan yang rasional di pejabat; iv. menjalankan tanggungjawab di dalam dan luar pejabat dengan penuh yakin; dan v. menggalakkan pengamalan budaya ilmu di kalangan rakan sekerja ke arah pencapaian matlamat hidup. Skop Pementoran 5. Pementoran memberi fokus kepada dua aspek, iaitu: i. Kemajuan Kerjaya: a) bantuan dan sokongan untuk perkembangan kerjaya; b) pendedahan dan menggalakkan berpandangan jauh; c) membantu pencapaian dalam kerja; d) perlindungan (protection); dan e) cabaran kepada tanggungjawab dan tugas. ii. Psikososial: a) role model; b) sokongan peribadi terutamanya dari aspek penerimaan; c) kaunseling sebagai sokongan untuk berhadapan dengan masalah peribadi sama ada yang berkaitan dengan kerja atau tidak; dan d) persahabatan bagi tujuan membangunkan dimensi personal dalam perhubungan. Implikasi Pelaksanaan Program Pementoran 6. Perlaksanaan Program Pementoran memberi kesan kepada: i. Organisasi: a) meningkatkan keberkesanan dalam mengendalikan latihan personel; b) untuk mengurangkan kos, masa dan kapasiti kakitangan dalam mengendalikan latihan personel; c) mengurangkan tekanan kepada kumpulan pengurusan dan penyelia;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy