2 sebagainya melalui penyediaan aktiviti dan program bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang telah terjebak dengan masalah tersebut. 3. Oleh itu, Kerajaan telah menyediakan peraturan, garis panduan dan kaedah pelaksanaan aplikasi psikologi dalam usaha untuk membangun modal insan melalui penekanan kepada aspek pembangunan, pencegahan dan pemulihan. Melalui pendekatan ini faktor manusia sebagai modal insan dapat diperkasakan ke tahap yang optimum. PELAKSANAAN 4. Pengurusan Psikologi dalam perkhidmatan awam adalah seperti berikut: Kod Ceraian Tema PO.3.1 Pengurusan Psikologi Dalam Perkhidmatan Awam Ceraian PO.3.1.1 Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Ceraian PO.3.1.2 Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Ceraian PO.3.1.3 Pelaksanaan Aplikasi Psikologi: Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan Ceraian PO.3.1.4 Panduan Pelaksanaan Pementoran Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam TARIKH BERKUAT KUASA 5. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy