7-30 LAMPIRAN C PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMENTORAN Pengenalan 1. Panduan pelaksanaan program pementoran dalam perkhidmatan awammerupakan salah satu usaha bagi membantu meningkatkan potensi dan keupayaan pekerja melalui khidmat bimbingan, sokongan, bantuan menghadapi krisis dalam pekerjaan dan pembangunan diri individu. Definisi 2. Di dalam garis panduan ini: “Mentee” bermaksud pegawai yang dibantu oleh mentor dalam proses pementoran dan biasanya merupakan seorang yang memerlukan bantuan dalam pembangunan diri, kerjaya dan penyesuaian dalam kehidupan; “Mentor” bermaksud seorang pegawai yang dilantik untuk membimbing dalam perkembangan kerjaya seorang pegawai. Biasanya mentor adalah seorang yang lebih kanan atau berpengalaman dan boleh dijadikan sebagai ‘role model’; dan “Pementoran” bermaksud proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional (terlatih dan beretika, berkemahiran dan sistematik) dalam menghadapi krisis hidup dan pembangunan diri individu. Matlamat Program Pementoran 3. Membimbing semua pegawai terutamanya yang memerlukan bimbingan dalam peningkatan prestasi, aspek kerjaya dan psikososial. 4. Objektif program pementoran adalah untuk: i. menggabungjalinkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam situasi pekerjaan yang sebenar di pejabat; ii. menangani masalah pengurusan diri dan pejabat untuk menghasilkan kualiti kerja yang tinggi;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy